Friday, July 31, 2009

Cantek Dan Bergaya(kristal)

Thursday, July 30, 2009

Ruangan Pantun

Zotrim

Pantun tok ku molah ke dirik.mun x ngenak pande-pande la ngubah

Pantun 1

Anak itik terkedek-kedek,
terkiak kaong mencari ibunya,
jalan kita jangan terkedek-kedek,
lak di padah kita macam itik ya.

Pantun 2

Sayang-sayang beribu sayang,
semakin banyak bertambahlah sayang,
kalau kaseh bercampur sayang,
hidup gembira berjuta sayang.

(pantun tok pelik tapi ku pun pantun suka ati ku)

Lihatlah malam di terangi bulan,
terangnya bulan bersama bintang,
memandu kereta ditengah jalan,
on lampu ya x langgar binatang.

hati ayam hati lembu,
nyaman di makan di cecah cili,
kaseh sayang hanya pada ibu,
cinta sejati pada isteri.

bila kaseh di datang pilu,
cinta pudar tanpa berlagu,
bila hati bertambah rindu,
sayangku hanya untuk dirimu.

tujuh malam aku menunggu,
sikap ikhlasmu penawar sabarku,
sucinya cinta itu rahsiamu,
hatiku melekat di lubuk hati mu

Chikungunya.

Ujian IQ

BAB 1

1.0 PENDAHULUAN

Penyakit Chikungunya adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Chikungunya. Virus Chikungunya adalah sejenis Arborvirus, dalam genus Alphavirus keluarga Togaviridae. Terdapat tiga jenis genotip virus Chikungunya, iaitu genotip Asian, West African dan Central / East African. Virus ini disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes, yang juga pembawa virus demam denggi. Perkataan Chikungunya (Chick’-en-Gunyah) berasal dari bahasa Kimakonde Mozambique bermaksud membongkok akibat sakit sendi yang kuat. Penyakit ini mula dikenalpasti di Tanzania pada tahun 1952 dan adalah endemik di kawasan tropika terutamanya di benua Afrika dan India. Sejak kebelakangan ini, penyakit Chikungunya telah menular ke kawasan Asia Tenggara di mana kes-kes telah dilaporkan di Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan juga di Malaysia.

BAB 2

2.0 Epidemiologi

Kes Chikungunya telah dilaporkan seawal 1824 di India dan beberapa tempat lain. Walaubagaimana pun isolasi virus pertama berjaya dilakukan di Tanzania 1952-1953 (manusia dan nyamuk). Semenjak (1951-2006) kes Penyakit Chikungunya telah dilaporkan di negara-negara seperti Afrika, termasuk Tanzania Burundi; Central African Republic; Comoros; Democratic Republic of Congo; Guinea; Kenya; Nigeria; Madagascar; Malawi; Mauritius; Mayotte; Reunion; Senegal; Seychelles, South Africa; Uganda; Zimbabwe. Di Asia, termasuk Australia; Burma; Cambodia; India; Indonesia; Malaysia; Pakistan; Philippines; Taiwan; Thailand; Timor; Vietnam.

Diantara 1960 and 1982, Wabak Chikungunya dilaporkan di Afrika dan Asia. Virus Chikungunya “genotip Asian” pula telah di isolasi di Bangkok pada tahun (1960); dan beberapa kawasan di India termasuk Vellore, Calcutta dan Maharastha (1964); Sri Lanka (1969); Vietnam (1975); Myanmar (1975) dan Indonesia (1982). Sehingga 10 October 2006, 151 daerah dari lapan negeri di India berlaku penularan Chikungunya. Negeri yang terlibat Andhra Pradesh, Andaman & Nicobar Islands, Tamil Nadu, Karnataka, Maharashtra, Gujarat, Madhya Pradesh, Kerala dan Delhi. Lebih dari 1.25 juta kes telah dilaporkan. 752,245 kes adalah dari Karnataka dan 258,998 Maharashtra provinces. Sesetengah jangkitan melibati 45% dari penduduk.

Negara-negara di Asia Tenggara telah di jangkiti adalah seperti Singapura, Indonesia, dan Thailand.

Jangkitan pertama Chikungunya di Malaysia dilaporkan pada tahun 1998 di mana sejumlah 27 kes (genotip Asian) dilaporkan di Pelabuhan Klang dan sebanyak 237 kes (genotip Central/East African) berlaku di Perak pada tahun 2006. Pada tahun 2008, kejadian penularan yang pertama dilaporkan di Ulu Choh, Johor pada 18 April 2008 yang melibatkan sejumlah 65 kes (genotip Central/East African).

Pelbagai Faktor menyebabkan pemerebakan seperti mutasi virus, tiada “herd immunity”, densiti vektor yang tinggi iaitu Aedes albopictus, selain Aedes aegypti sebagai vektor yang berkesan dalam penyebaran virus Chikungunya.

2.1 Beban Penyakit (Diseases Burden)

Sepanjang tahun 2008 , sebanyak 4271 kes jangkitan Chikungunya telah dilaporkan di seluruh negara. Kes ini telah dilaporkan dari Johor sebanyak (1846 kes – 43.2%), Melaka (606 kes – 14.2%), Perak (590 kes – 13.8%), Selangor (353 kes – 8.3%), Pahang (341kes – 7.98%), Kedah (181 kes – 4.2%), Negeri Sembilan (178 kes – 4.1%), Kelantan ( 135 kes – 3.2%), dan WP Kuala Lumpur/Putrajaya (27 kes – 0.6), Penang ( 6 kes – 0.09%), Perlis dan Sarawak (3 Kes – 0.07%) manakala Terenganu ( 2 kes – 0.04%). Sebanyak 35.7% daripada kes yang dilaporkan adalah dari aktiviti pengesanan dari rumah ke rumah (ACD). Tiada kematian akibat Chikungunya yang dilaporkan setakat ini.
Pada tahun 2008 , sebanyak 5850 sampel Chikungunya telah diterima oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, dari itu sebanyak 2617 (44.7%) sampel didapati positif.

2.2 Gejala

Gejala-gejala utama yang dialami oleh pesakit adalah demam panas yang mengejut, sakit sendi dan ruam (maculopapular rash). Lain-lain gejala termasuklah sakit kepala, sakit perut, loya dan sakit mata. Tempoh inkubasi penyakit ini adalah di antara 3 – 10 hari.

Kebiasaannya pesakit akan mengalami gejala selama 5 hingga 7 hari. Penyakit ini akan sembuh dengan sendiri dan tidak membawa maut. Walaubagaimanapun, pesakit yang telah berumur mungkin boleh mengalami gejala sakit sendi yang berlarutan. Pesakit yang dijangkiti Chikungunya akan mendapat imuniti kepada penyakit ini sepanjang hayat.

Walaupun tidak ada rawatan khusus untuk penyakit ini, namun pesakit memerlukan rawatan bagi mengurangkan gejala penyakit. Walabagamanapun terdapat segelintir pesakit yang perlu dirawat dihospital terutama golongan Warga Emas, Pesakit perlu dinasihatkan tinggal dalam rumah sehingga sembuh dan tidak pergi ke mana-mana dalam masa 2 - 4 hari serta menghindari digigit oleh nyamuk aedes bagi mengelakkan penyakit ini berjangkit kepada orang lain.

2.3 Cara Jangkitan

Penyakit Chikungunya berlaku apabila seseorang individu digigit oleh nyamuk betina Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang infektif dengan virus Chikungunya. Cara jangkitan dan vektornya sama dengan penyakit Demam Denggi. Aedes aegypti selalunya menggigit di dalam rumah dan Aedes albopictus menggigit di luar rumah. Tempoh pengeraman virus didalam nyamuk adalah diantara 3-10 hari dan nyamuk tersebut menjadi infektif sepanjang hayatnya, iaitu selama 30 hari.

Pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa Indeks Aedes (AI) yag melebihi 1% boleh menyebabkan transmissi penyakit ini. Di lokaliti wabak Chikungunya Indeks Aedes mencapai sehingga 40% pernah direkodkan. Tempat-tempat pembiakan Aedes yang biasa dijumpai di lokaliti wabak adalah di dalam alas pasu bunga, tong cat, tayar, bekas plastik dan lain-lain bahan buangan.

Tindakan aktiviti kawalan vektor seperti semburan dengan racunserangga, larviciding dan pengurangan tempat-tempat pembiakan perlu dilakukan segera kerana tempoh pengeraman virus-CHIK yang singkat dalam nyamuk, purata 7 hari.

BAB 3

3. Tujuan garis panduan.

Memandangkan penyakit Chikungunya ini merupakan penyakit yang baru dan telah menular keseluruh negara, Garis Panduan ini dibentuk untuk membantu dan menyeragamkan aktiviti Pencegahan dan Kawalan Penyakit Chikungunya yang dijalakan oleh anggota-anggota Kementerian Kesihatan Malaysia.

BAB 4

4.0 PENCEGAHAN DAN KAWALAN CHIKUNGUNYA

4.1 OBJEKTIF

Pencegahan dan kawalan Penyakit Chikungunya ini adalah bertujuan:

a) Mengurangkan kejadian (morbiditi) penyakit Chikungunya supaya tidak lagi menjadi masalah kesihatan di negara.
b) Untuk mencegah dan mengawal penularan penyakit Chikungunya
c) Meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pencegahan dan kawalan penyakit Chikungunya.
d) Mengalak dan menekankan kerjasama di antara agensi/sektor (Intersectoral/interagrency Cooperation and Coordination) dalam pencegahan dan kawalan penyakit Chikungunya.

4.2 STRATEGI

Strategi untuk pencegahan dan kawalan penyakit Chikungunya adalah mengikut pendekatan bercorak integrasi yang meliputi :

4.2.1 Survelan kes Chikungunya
4.2.2 Pengurusan Vektor secara bersepadu
4.2.3 Komunikasi Risiko dan Mobilisasi Komuniti
4.2.4 Penguatkuasaan Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975.

4.2.1 Survelan Kes

A. Definisi Kes

a. Kes Klinikal

seseorang yang mempunyai gejala-gejala seperti demam, sakit sendi (arthralgia/polyarhritis) dan ruam (maculopapular rash).

b. Rantaian Epidemiologi (Epedemiologi link)

Kes yang memenuhi kriteria klinikal dan ada hubungan secara epidemiologi (Epidemiological link) dengan kes disahkan atau dengan kawasan wabak, sama ada ia tinggal atau melawat ke kawasan wabak Chikungunya dalam tempoh 15 hari.

c. Kes disahkan

Kes diklasifikasikan sebagai kes disyaki apabila seseorang yang memenuhi kriteria klinikal dan positif ujian makmal untuk Chikungunya.

i. pengesanan antibodi anti-CHIK-IgM melalui ujian serologi serum darah.
ii. pengesanan CHIK nucleic acids atau virus melalui ujian RT-PCR atau isolasi virus Chikungunya.

a. Klasifikasi Kes.

i. Kes disyaki ialah kes yang memenuhi klinikal kriteria
ii. Kes disahkan ia kes yang memenuhi kriteria dengan pengesahan makmal.

b. Notifikasi.

Semua pengamal perubatan di Hospital dan Klinik sama ada swasta atau kerajaan dikehendaki memaklumkan semua kes-kes yang memenuhi kriteria Klinikal dan kes dengan pengesahan makmal dalam tempoh 24 kepada Pegawai Kesihatan atau Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Pejabat Kesihatan berhampiran kerana ianya adalah diwajibkan secara pentadbiran. Pemberitahuan hendaklah dibuat melalui talipon dan mengunakan borang Health 1 rev.2005 (Lampiran 1).

c. Penyiasatan Kes

Pegawai Kesihatan atau Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Pejabat Kesihatan perlulah membuat siasatan terhadap semua kes Chikungunya yang dinotifikasi dalam masa 24 jam dengan mengunakan Borang Siasatan Kes Chikungunya/Epid/Chik1/2008. (Lampiran 2) Maklumat dari khabar angin (rumour) serta dari suratkhabar atau pun orang ramai juga perlu dibuat siasatan.

i. Siasatan kes adalah untuk mengumpul maklumat bagi membantu membuat verifikasi dan mengenalpasti punca jangkitan supaya tindakan kawalan dapat dibuat dengan segera bagi memutuskan transmisi jangkitan. Semua data epidemiologi perlulah diperolehi untuk dikaji dan dianalisa bagi tujuan kawalan Chikungunya. Semua kawasan jangkitan dan sensitif perlu ditandakan diatas peta. Lain-lain maklumat seperti jumlah penduduk, bilangan rumah perlulah di perlolehi bagi memudahkan kerja kawalan.

ii. Pengesanan Kes. Apabila satu kes Chikungunya dilaporkan, aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection - ACD) hendaklah dijalankan di lokaliti tersebut. Maklumat mereka yang ditemui semasa aktiviti pengesanan kes secara aktif hendaklah diisi dalam Borang Pengesanan Kes Aktif (ACD) Chikungunya diLapangan/Epid/Chik3-2008 (Lampiran 3) untuk rekod dan simpanan di Pejabat Kesihatan Daerah. Semua kes yang memenuhi kriteria semasa ACD perlulah dirujuk ke Klinik.

Pemeriksaan darah hendaklah dibuat bagi tujuan pengesahan diagnosis di lokaliti wabak melalui ujian serologi. Secara amnya jumlah maksima sampel darah yang perlu diambil dalam lokaliti wabak tersebut adalah sebanyak sepuluh sampel. Bagi panduan untuk pengambilan, penyimpanan, penghantaran sampel ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan dan borang yang akan digunakan sila rujuk panduan dan contoh borang. (Lampiran 4).

d. Pendaftaran Kes.

Semua kes yang disyaki dan juga kes yang disahkan perlulah didaftar mengikut alamat kediaman semasa. Pendaftaran kes perlulah mengunakan borang Health 1 Rev.2005 (Lampiran 5).

e. Rawatan Kes

(i) Setiap pesakit yang memerlukan rawatan simptomatik perlu dirujuk ke klinik berdekatan mengunakan Borang Rujukan Pesakit Chikungunya-ACD/Epid/Chik4/2008 (Lampiran 6).

(ii) Pesakit yang disyaki mengidap Chikungunya perlu dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada gigitan nyamuk dengan mengurangkan pergerakan diluar rumah. Ini penting untuk mengelakkan trasmisi penyakit kepada orang lain melalui gigitan nyamuk.

4.2.2 PENGURUSAN VEKTOR SECARA BERSEPADU

a. Survelan Vektor

Kajian Aedes merupakan kaedah pengawasan untuk mengetahui situasi pembiakan Aedes di lokaliti berlaku kes dan wabak Chikungunya. Aktiviti ini dilakukan selepas semburan kabus kawalan.

Liputan kajian Aedes dijalankan sekurang-kurangnya 50 buah premis dalam lingkungan 50 meter radius daripada kes indeks. Semua premis dalam lingkungan tersebut hendaklah diperiksa jenis tempat pembiakannya. Premis bermaksud rumah kediaman/kedai, tanah lapang, padang permainan, semak-samun atau lain-lain. Keputusan dari kajian Aedes ini akan digunakan untuk menentukan tindakan kawalan seterusnya.

Jika keputusan kajian Aedes menunjukkan Indeks Aedes, (A.I.) > 1%; Indeks Breteau, (B.I.) > 5 atau Indeks Bekas, (C.I.) >10%. Maka, aktiviti penglibatan masyarakat secara gotong-royong untuk mencari dan memusnah tempat pembiakan di seluruh lokaliti perlu dianjurkan dalam tempoh satu minggu dari tarikh Kajian Aedes apabila melebihi indeks.

Setiap lokaliti kes dan wabak Chikungunya perlu menjalankan gotong-royong sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 7 hari dari tarikh notifikasi pertama.

Objektif utama aktiviti kawalan vektor penyakit Chikungunya adalah untuk memutuskan jangkitan secara menghapuskan nyamuk dewasa yang infektif dengan segera melalui kaedah semburan kabus. Ia juga bertujuan untuk menghapuskan larva nyamuk Aedes melalui aktiviti larvasid dan pemusnahan tempat-tempat pembiakan nyamuk dengan penglibatan individu dan masyarakat.

b. Kawalan Vektor

Tempoh pengeraman virus-CHIK dalam nyamuk dewasa Aedes spp. ialah minimum 3 hari. Dengan itu aktiviti semburan kabus (Fogging) perlu dilakukan dengan segera. Kaedah semburan kabus ini adalah menggunakan mesin termal-fog atau / dan berkomplemen dengan ULV mengikut kes / wabak Chikungunya.

Semburan kabus dijalankan sebelum tindakan lain diambil untuk melindungi kakitangan dari gigitan Aedes infektif yang tinggi semasa menjalankan tugas di lokaliti kes / Wabak Chikungunya berla ku.

Semburan kabus lengkap dengan dosej yang mencukupi (contohnya liputan Permethrin memerlukan perawas aktif sekurang-kurangnya sebanyak 18.75 g per ha) mestilah merangkumi radius yang dicadangkan termasuk dalam kawasan premis, semak, kebun dll. yang menjadi tempat Aedes berehat.

Semburan Kabus

i. Semburan Kabus Bagi Satu Kes

Liputan semburan kabus bagi satu kes hendaklah dilakukan dalam lingkungan 200 meter radius dari rumah kes (perifocal). Pengasapan di dalam premis (Indoor) dilakukan secara thermal manakala bagi luar premis (outdoor), ia dilakukan dengan ULV. Pencapaian bagi semburan di dalam premis (Indoor) adalah sekurang-kurangnya 90% dan di luar premis (outdoor) adalah 100%. Bagi setiap kes, dua pusingan pengasapan harus dilakukan setiap 7 hari.

ii. Semburan Kabus Untuk Wabak

Liputan semburan kabus bagi lokaliti wabak hendaklah dilakukan sehingga lingkungan 400 meter radius dari indeks kes (perifocal).
Semburan dalam lingkungan 200 meter radius dari kes indeks hendaklah menggunakan mesin termal-fog supaya semburan di dalam dan luar rumah dapat dilakukan. Manakala, semburan kabus dengan menggunakan mesin ULV ‘truck mounted’ (Ultra Low Volume) perlu diliputi sehingga 400 m radius dari kes indeks.

Semburan lengkap di dalam premis (Indoor) adalah 90% dan di luar premis (outdoor) adalah 100%.

Bagi setiap lokaliti wabak empat pusingan pengasapan perlu dijalankan setiap 7 hari. Setiap pusingan pengasapan thermal perlu dikomplemen dengan ULV.

c. Penghapusan Larva (Larvasid)

i. Dalam premis

Aktiviti ‘Abating’ (menabur / membubuh larvasid) dijalankan dengan menggunakan larvasid seperti Temephos (contoh Abate SG) atau Bti (contoh Vectobac WG).

Penggunaan larvasid untuk membunuh larva bergantung kepada saiz isipadu kandungan air di dalam bekas. Kuantiti keperluan larvasid membunuh larva adalah bergantung kepada isipadu air. Misalnya, 1 gram penggunaan temephos (contoh Abate SG) untuk 10 liter air. Manakala, Bti (contoh Vectobac WG) menggunakan 5 gram untuk 1,000 litre air (1 meter padu). Penggunaan secara ditabur terus.

Semua bekas positif dan berpotensi menakung air untuk pembiakan Aedes yang tidak dapat dimusnahkan mesti dibubuh temephos.

ii. Luar premis

Aktiviti ’Larvaciding’ (menyembur larvasid) dijalankan dengan menggunakan larvasid seperti temephos (contoh Abate 500E) atau Bti (contoh Vectobac) dengan menyembur menggunakan mesin ‘Compression Sprayer’.

Mesin ULV boleh digunakan bagi aktiviti larvasid jika tempat pembiakan Aedes dikenalpasti berada dalam keadaan tempat menakung air yang meluas atau susah dimasuki seperti tapak binaan, tempat pembuangan sampah yang tidak dibenarkan, tanah lapang yang telah dipastikan punca pembiakannya, tangki-tangki air menakung yang terdedah, alur hujan yang tersekat, tunggul-tunggul buluh, cawan-cawan di kebun getah, longgokan sampah di kebun kelapa sawit dan kawasan pertanian serta lain-lain.

Larvacid juga boleh digunakan melalui kaedah ULV dengan mencampur Bti (contoh Vectobac) dengan racun serangga, adalah dicadangkan ia dijalankan dalam pusingan pertama semasa wabak. Campuran Bti dengan menggunakan mesin ULV dan racun Aqua Resigen adalah seperti berikut:

Sebagai contoh pengiraan campuran racun bagi menyembur 1 ha kawasan menggunakan mesin ULV 12 hp memerlukan 7 L campuran racun serangga. Cadangan bancuhan adalah 0.4 kg Vectobac WG dengan 50 ml Aqua Resigen dan 7 L air.

4.2.3 KOMUNIKASI RISIKO DAN MOBILISASI KOMUNITI

Komunikasi risiko adalah salah satu komponen utama di dalam aktiviti promosi kesihatan bagi meningkatkan penglibatan ahli masyarakat untuk mengawal penularan penyakit ini. Penekanan harus diberikan kepada mengenalpasti tempat pembiakan dan mendapatkan rawatan awal jika mempunyai gejala penyakit. Pendekatan yang diguna pakai adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan peranan individu bagi membolehkan mobilisasi komuniti digerakan dalam pencegahan dan kawalan penyakit Chikungunya.

Berikut disenaraikan aktiviti promosi kesihatan yang perlu dijalankan apabila berlaku kejadian kes Chikungunya;

1) Menggantung media luar (kain rentang dan bunting)

2) Menampal poster Chikungunya di tempat strategik

3) Membuat hebahan awam melalui Unit Bergerak Promosi Kesihatan

4) Edaran risalah Chikungunya

5) Nasihat Individu

6) Aktiviti tunjuk cara (demonstrasi)

7) Perbincangan Kumpulan Kecil

8) Hebahan awam (melalui radio tempatan) – jika perlu

9) Ceramah Chikungunya

10) Pameran Chikungunya

Maklumat terperinci bagaimana menjalankan aktiviti di atas boleh dirujuk kepada Garis Panduan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Penyakit Chikungunya. (Lampiran 7).

Mobilisasi komuniti adalah perkara terpenting dalam usaha meningkatkan kerjasama dalam usaha yang dijalankan oleh kerajaan dalam membasmi penyakit Chikungunya. Program gotong royong perlu dijalankan apabila kes atau kejadian wabak di sesuatu lokaliti. Setiap lokaliti wabak perlu sekurang-kurangnya mengadakan gotong royong sekali dalam tempoh 14 hari bagi memusnahkan tempat pembiakan Aedes. Ia perlu dilakukan dengan penglibatan pelbagi agensi, NGO dan pernyertaan masyarakat. Semua aktiviti Promosi Kesihatan perlulah dialaporkan ke Cawangan Penyakit Bawaan Vektor KKM mengunakan Borang PKK 101 bagi daerah (lampiran 8A) dan bagi negeri pula mengunakan Borang PKK 201 (lampiran 8B). Laporan ini perlulah dihantar secara bulanan.

4.2.4 Penguatkuasaan

Diantara langkah-langkah yang penting dalam aktiviti kawalan adalah perlaksanaan undang-undang Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975. Semua premis yang didapati positif Aedes semasa pemeriksaan perlulah diambil tindakan undang-undang sebagaimana yang diperuntukan di dalam akta samada pengeluaran notis (perintah), kompaun atau penutupan premis. Bagi kes-kes yang ingkar notis dan tidak membayar kompaun tindakan mahkamah perlulah diambil.

(Rujuk kepada Garis Panduan Penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.)

BAB 5

Kepastian Kualiti

Bab ini menerangkan apa yang perlu dicapai dalam aktiviti Pencegahan dan kawalan Penyakit Chikungunya. (Jadual 1). Perkara di dalam jadual ini juga akan digunakan bagi mengukur keberkesanan aktiviti pencegahan dan kawalan yang akan dijalankan. Adalah diharapkan juga ia dapat membantu pihak daerah dan negeri bagi bagi menjayakan program pencegahan dan kawalan ini. Selain itu ia juga sebagai panduan apakah sasaran yang telah ditetapkan. Disamping itu ia juga sebagai pencegahan daripada timbulnya masalah-masalah kualiti dalam proses penghasilan kerja (Output). Selain itu ia juga merupakan piagam pelanggan.

Jadual 1. Kepastian kualiti (Qualiti Assurance) bagi program pencegahan dan kawalan penyakit Chikungunya.

Bil Indikator Tempoh Sasaran
1 Semua kes Chikungunya di notifikasikan dalam masa 24 jam 24 jam 80%
2 Semua kes Chikungunya di siasat dalam tempoh 24 jam 24 jam 80%
3. Laporan awal wabak di hantar ke KKM dalam tempoh 24 jam 24 jam 100%
4. Semburan satu kes Thermal 24 jam 200 M radius/90%
ULV 24 jam 200 M/100%
5. Sem buran bagi kawasan wabak- Thermal 24 jam 400 M/ 90%
ULV 24 jam 400 M/100%
6. Promosi Kesihatan
Lokaliti wabak
i. Ceramah - 1
ii. kain rentang- 2
iii. Bunting/ Banner- 6 24 jam 100%
7. Penglibatan Masyarakat
Kawasan Wabak – G. Royong
7 hari 100%

BAB 6

SISTEM REKOD DAN PELAPORAN.

6.0 Pelaporan dan Rekod Kes.
Ketua Penolong Pengarah Vektor Negeri perlu membuat pengawasan rapi terhadap kejadian (morbidity) kes penyakit Chikunguya dan memberikan maklumbalas ke Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumbalas ini penting bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia mendapat maklumat terhadap perubahan corak epidemilogi penyakit dan membolehkan langkah awal diambil untuk pencegahan dan kawalan sewajarnya. Untuk itu adalah perlu agar laporan yang berkala dihantar ke Cawangan Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut masa yang telah ditetapkan. Untuk itu beberapa format laporan disediakan untuk disediakan diperingkat negeri dan daerah seperti dinyatakan dibawah ini.

6.1 Pelaporan dalam Keadaan biasa
Semua kes Chikungunya yang didaftarkan perlulah dilaporkan mengikut minggu epid. Laporan yang perlu dihantar adalah:-

i. Buku daftar kes Chikungunya Epid/Chik2/2008 Mingguan (Lampiran 5)
ii. Laporan Aktiviti Pendidikan Kesihatan PKK 101 ( Lampiran 8a) dan PKK 201 (Lampiran 8b).
iii. Laporan Mingguan Kawalan Vektor Chik BC (Lampiran 9). Laporan mingguan ini adalah untuk melaporkan aktiviti kawalan Chikungunya hendaklah dihantar ke Kementerian Kesihatan (seperti Reten Mingguan Aktiviti Kawalan Denggi, DEN-BC dan Tambahan DEN-BC setiap hari Isnin oleh Jabatan Kesihatan Negeri melalui E-mail selepas kompilasi data dari daerah, dengan menggunakan format reten CHK-BC 1/2008 (Lampiran 9.a) dan Tambahan CHK-BC 1/2008 (Lampiran 9.b).
iv. Laporan Epid/Chik5/2008 Mingguan.(Lampiran 10)
Pegawai Kesihatan Daerah perlulah menghantar laporan mingguan yang tersenarai diatas kepada Ketua Penolong Pengarah Vektor Negeri pada setiap hari Isnin. Ketua Penolong Pengarah Vektor Negeri pula perlu menghantar ke Cawangan Vektor, Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari yang sama melalui Email (denggi@moh.gov.my).

6.2 . Pelaporan semasa wabak Chikungunya berlaku.

Penubuhan Bilik Gerakan.

i) Sekiranya satu wabak Chikungunya berlaku di sesuatu
daerah bilik Gerakan Daerah perlu dibuka serta merta.

ii) Apabila dua atau lebih daerah berlaku wabak Chikungunya di sesebuah Negeri, Bilik Gerakan Negeri perlulah diaktifkan serta merta.

(Rujuk “Garis Panduan bagi mengendalikan Bilik Gerakan Wabak Denggi di peringkat Negeri dan Daerah”).

Apabila wabak berlaku sistem komunikasi Bilik Gerakan atau CPRC dari daerah, negeri dan Kementerian akan diaktifkan bertujuan untuk mendapat dan mengumpulkan semua maklumat yang berkaitan. Penubuhan “Crisis Preparedness and Response Centre’ (CPRC) atau pengaktifan bilik gerakan apabila diistiharkan wabak adalah bertujuan untuk memusatkan arahan dan kerja kawalan bagi membendung wabak penyakit ini dari menjadi masalah kesihatan kepada masyarakat. Laporan harian mengikut format CPRC akan dimulakan disamping laporan mingguan yang sedia ada sehingga wabak tamat.

Pelaporan dan Rekod Kes semasa wabak.

i. Setiap kes yang dilapor atau dikesan melalui ACD dan PCD hendaklah dilapor ke CPRC dengan Laporan Harian Situasi Chikungunya (format CPRC-Chik08/negeri) (Lampiran 11) untuk dihantar ke CPRC Kementerian sebelum jam 3.00 petang setiap hari. Negeri yang tiada kes juga perlu memaklumkan ke CPRC (zero reporting).

ii. Setiap aktiviti harian kawalan wabak perlu dilaporkan dalam format CPRC-Chk/1/08 dan CPRC-Chk/2/08 (lihat Lampiran 11a dan 11b) dan dihantar ke Kementerian Kesihatan bersama laporan harian (i) sebelum jam 3.00 petang setiap hari. Negeri yang tiada wabak juga perlu memaklumkan ke Kementerian Kesihatan (zero reporting).

iii. Aktiviti harian kawalan yang dijalankan oleh pasukan di lapangan iaitu kajian aedes, abating, larvaciding dan penguatkuasaan perlu diisi oleh ketua pasukan menggunakan borang Chik_field_08 (bahagian a.) (Lampiran 12). Manakala, aktiviti semburan kabus (Thermal dan ULV) perlu diisi oleh ketua pasukan menggunakan borang Chik_field_08 (bahagian b.) (Lampiran 12). Rekod tersebut adalah digunakan oleh PKD untuk membuat laporan seterusnya dan ianya perlu disimpan di PKD.

Pemantauan Kawalan Vektor

Pemantauan kawalan vektor untuk penyakit Chikungunya mestilah dibuat oleh Ahli Kaji Serangga Negeri dari segi pemilihan aktiviti yang bersesuaian dan menjalankannya secara optimum serta berkesan. Pemantauan dilakukan di lokaliti yang ada wabak dengan menggunakan Borang Pemantauan Aktiviti Kawalan Vektor Chikungunya untuk CPRC dan aktiviti kawalan vektor Chikungunya mingguan, iaitu:

a. Aktiviti kawalan wabak Chikungunya
- Mengikut tarikh (CPRC-Chk/1/08)
- Senarai lokaliti (CPRC-Chk/2/08)
b. Laporan mingguan (CHIK-BC 1/2008)

Borang pemantauan kawalan vektor yang telah diisi hendaklah disimpan (dalam softcopy) di peringkat negeri dan daerah.

Apabila berlaku wabak Chikungunya, semua pihak perlu memantau kawalan vektor dari segi keberkesanan kawalan (efektif dan efesien). Pihak KKM memantau melalui laporan CPRC-Chk/1/08 dan CPRC-Chk/2/08 dari Jabatan Kesihatan Negeri. Laporan tersebut dipantau di CPRC Kementerian setiap hari sehingga wabak tamat.

Semua pihak perlu membuat pemantauan dan semakan data-data kawalan di negeri, daerah dan lokaliti perlu dilakukan jika terdapat keraguan tentang aktiviti kawalan yang dijalankan.

Pemantauan Melalui Kajian Entomologi

Keberkesanan tindakan kawalan, kerentenan dan tabiat vektor terutamanya di lokaliti wabak Chikungunya yang tidak terkawal dan berisiko perlu dilakukan menggunakan kaedah entomologi yang berkaitan. Keputusan pemantauan hendaklah dilapor kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Khesah Aku

Assalamualaikum semua orang kenyalang.Yang kenal aku ok lah.mun x kenal aku tok ku nak cerita kesah hidupku ngan tak orang.mana orang semenanjung yang ada baca blog aku tapi x paham x pa.lak ku molah version bahasa malaysia tulen.Halal lagi ya.iboh tak orang bingung.

Aku tok biak kampung jak.aku hidup dalam keluarga sederhana jak.Kira Bapak ngan mak aku ya boleh kata kaya juak lah.Mun lagi kat ASB ada juak lebih 2 ribu simpanan cidak ya.Yang ku bangga sekali cidak ya x da keja kerajaan ka,swasta ka,tapi dapat juak mera ku dari kecik sampe ku besar.ya ku nang respek ngan pemimpin keluarga mek orang.Dalam keluargaku ada 7 adik beradik mun ku silap.ku rasa 7 la kali o.tapi mun ku kira blit 6 ngak nya.ciney pegi sorang ya lagi ku pun x tau juak.mana yang terer matematik ya masalah ku tok x dapaat nak k kalkulator ngiranya.kira taak orang iboh nyusah dirik baca jak cerita tok.oppps,terlebih intro ku tok.ya ku malas.

K ku nyambung blit kesah ku.Camtok ku tinggal kat Kampung Reban.bukan dalam reban ayam tapi kampung.tak orang di kuching pun x pernah dengar kampung ku.lam peta pun x da, tau x.ya ku x tau.kenak nya x da.nak kata x besar boleh juak,orang kampung pun rame juak bah.ok ah.Adik beradik ku semua ada keja masing-masing.aku pun dah keja juak.jauh tempat ku keja.dolok masa sekolah ku ambik sekolah teknik bahagian letrik.tapi jodoh ku ngan letrik terus kenak karen ku jadi pegawai jak.bukan pegawai kesihatan.bah lagi pegawai.penolong pegawai.ku x tau cney ndak datang perkataan penolong ya.maka x da pegawai ya mintak tolong pun.Hahaha.....mun tak orang x tetak lagi joke ku x pa.x da lam peraturan lawak ,orang molah lawak kena pastikan org dengar lawak ya tetak.Ok ,keja ku tok x da susah.nak tau pa keja mek orang.mudah jak.
lak sambung lagi k............

Tok ku nyambung khesah ku yang ku x abis tek.knek tok aku keja kat lawas,sarawak.jauh bah tempat tok.mula2 ku g lawas ku rasa macam2 x ngenak.nya makanan lah.byk kurang.bkn kurang ajar!tapi kurang rasa.tapi ku ok jak.ku x pemilih.ku bukan org kaya nak milih pa nak di makan.dah besa.tap lama-lama ctok ok juak lah.org kenal ngan ku.glamor ku ctok ngan perange ku bujat ya.ku rasa banyak dah orang sakit aku sampe ada org madah mao racun aku.aku x juak kesah.segala ajal,sakit ka pa ianya di tangan Yang Maha Esa.mun rasa camya polah lah.terima jak.tapi harus di ingat sagala kejahatan kita di dunia tok akan di balas juak.mun x di dunia di akhirat.tok ku belajar agama juak bah.cikit jak ilmu ku kongsi ngan tak orang.mun tak orang dapat nangkap ok.x pat ilek2 lok.iboh sengaut nak tau.Lawas tok kecik jak.orang x rame.ya nyuruh ku suka.di ctok juak lah ku nemu jodoh ku.jodoh ada di mana-mana.ya orang selalu madah kalau dah jodoh ,tak kan kemana.mena juak kata orang tua.Eh mun tak orang mao tau kesah ku lagi tepon ku jak bah.malas ku naip lagi.kepak tangan ku tok.tok k ku ngisi masa yang ku ada jak dan k ku menug blog ku.lak kosong gilak.

Wednesday, July 29, 2009

Penyakit Untut

ADAKAH ANDA NAK JADI BEGINI ?

PENGENALAN KEPADA PENYAKIT FILARIASIS

Apakah Penyakit Filariasis ?

Lebih dikenali sebagai penyakit Untut/Burut.

Penyebab : cacing filaria yg di bawa oleh nyamuk mansonia.

CARA JANGKITAN

Nyamuk Mansonia menghisap darah pesakit filariasis

Anak cacing(mikrofilariasis)dari darah pesakit masuk ke dalam badan nyamuk

Selepas 10 hari,anak cacing(mikrofilariasis) bertukar jadi larva

Apabila nyamuk tadi menggigit orang yang sihat,ia akan mengjangkitkan larva-larva itu ke dalam badan orang yang sihat.

Larva ini memerlukan masa 3-12 bulan untuk menjadi cacing dewasa untuk hidup di saluran limfatik

Cara Mengesan Pesakit Filariasis

  • Mengambil darah

Tanda-tanda penyakit filariasis

· Demam yang berulang-ulang dari semasa ke semasa

· Bengkak saluran limfatik(kelenjar)dan kejang urat betis

Cacing filaria tinggal dalam badan seseorang pesakit tanpa tanda-tanda dijangkit penyakit filariasis

Tempat pembiakan nyamuk mansonia

Kawasan paya yang ada hidupan air

Kawasan yang terdapat hidupan seperti:

Pokok kiambang

Keladi bunting

Anak sungai yang terdapat hidupan air

Cara Mengesan Pesakit Filariasis

Ujian darah

Cara kawalan dan Pencegahan

Kawal tumbuhan air

Tidur dalam kelambu

Membuat ujian darah

Makan ubat anti filariasis

Hubungi pejabat kesihatan yang berdekatan

.

Slide 7

Slide 7
Slide 7

Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Flowers and Decors. Powered by Blogger