Wednesday, July 29, 2009

Hanya Sebuah Jawapan

Aku seorang pelajar yang masih lg menunaikan kewajiban sebagai seorang yang ingin mencari ilmu untuk aku,keluargaku,bangsaku dan negaraku.Pernah sekali aku terfikir apakah sumbangan aku untuk keluargaku di masa akan datang.Puas aku merenung panjang di manakah hala tujuku selepas aku mengambil ujian Sijil Pelajaran Malaysia nanti.Adakah titik kehidupan aku akan terhenti untuk satu noktah kehidupan sahaja ataupun ianya merupakan permulaan bagiku untuk ku teruskan perjuangan ku sebagai seorang anak bangsa yang berjaya dan berbakti untuk semua orang.Hanya sebuah jawapan yang diperluakan untuk merungkai fenomena itu.Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran ku yang ke tujuhbelas .Erm...tidak ku sangka 17 tahun jangka usia ku.Aku rasa bersyukur kerana dapat meneruskan hayatku dalam keadaan yang sihat sejahtera.Alhamdullillah...bersyukur aku kepada-Nya kerana dengan limpah kurnia-Nya hidupku terus menerus mengecapi kegembiraan.Lantas diriku berfikir nasib saudaraku sesama Islam di luar negara yang sungguh berbeza senarionya.Kehidupan yang didatangi peluru-peluru,bunyian yang bukannya hiburan ,tapi penuh kedukaan.Adakah kehidupan itu yang harus kita cari selama ini.Bagiku ianya hanya ada satu jawapan iaitu Sebuah Kemakmuran.Syukurlah aku bukan dilahirkan disebuah negara yang berasaskan kereta kebal untuk perlindungan.
Harus diingat yang setiap detik masa itu adalah satu kejayaan.Aku meneruskan langkah ku.Kawan-kawanku pasti sudah lama menunggu kehadiran.Hari ini kami sudah berjanji untuk mencari buku rujukan bagi persiapan kami menghadapi SPM.Berbekalkan wang yang ibuku berikan,dengan senyuman aku sekali menarik nafas segar kerana kasih sayang ibuku yang begitu suci sekali.Terima kasih ibuku.Hanya ibu layak menjadi ratu hatiku sampai mataku tertutup.Setelah sampai di tempat yang dijanjikan Dol terus memnyindiku kerana kelewatan aku.Aku cuma mampu tersenyum kerana ku tahu itu kesilapan ku kerana tidak menepati waktu.Rasanya,tidak perlulah aku memberi satu alasan pun kerana satu alasan bukan satu penyelesaian.Justeru itu,aku meminta maaf di atas kelewatan aku.Kami terus mengatur langkah ke kedai buku Ah Kiong yang satu-satunya di desaku.Dalam perjalanan aku dan rakan-rakan ku kami terkejut bila menyaksikan satu kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dengan motosikal.Puncanya tidaklah perlu diketahui.Hanya mereka sahaja yang tahu menjawab jawaban itu.Hanya sekadar melihat dari jauh,terdetik di hatiku setiap yang kita lakukan jika tidak waspada maka pasti akan mendatangkan musibah pada diri kita mahupun keluarga dan juga orang lain.Orang sudah ramai bersesak menuju kearah kejadian.Kedengaran siren ambulan yang sampai sudah melegakan hatiku.Semua yang aku ceritakan tadi hanya memerlukan sebuah jawapn.Ceritaku belum habis lagi.Tunggu....

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Flowers and Decors. Powered by Blogger